Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Ya Allah ya tuhan yang maha mengasihi lagi maha menyayangi, sekiranya dia dengan sejuta mencintaiku, maka Kau gandakanlah cintaku kepadanya hingga dia tidak lagi melihat cinta lain selain cintaku kepadanya..berikanlah kami satu cinta yang murni atas keredhaan-Mu ya Allah, saling mencinta kerana cinta-Mu. Dan janganlah Engkau menyesatkan kami dengan cinta ini jauh dari mencintaiMu. Sesungguhnya Engkau maha Pengasih lagi Penyayang.
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Hargailah wanita dengan sepenuh perhatian dan kasih sayang. Kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan yang kamu berikan akan dibalas dengan kebaikan dan yang paling penting jangan hipokrit. Semoga bertemu jodoh yang sesuai.
Thu 27-Nov-2008 08:31 Posted by:Ary
wow..u impress me wif dat..
hope u wil get the best in everything..
amin
=]